Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Lebih baik begini’

    Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendedahkan bekas suaminya iaitu Aliff Aziz tidak pernah menghubunginya untuk berjumpa mahupun bertanya khabar tentang anak-anak mereka.

    Bagaimanapun Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tidak mengambil peduli dengan sikap ditunjukkan Aliff sebaliknya merasakan ia adalah jalan terbaik buat mereka semua.

    “Sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej, panggilan telefon atau DM daripada dia.

    “Tapi saya tiada masalah dengan perkara itu. Saya tidak pertikai atau marah… Saya rasa lebih baik begini.

    “Tapi tiga atau empat tahun lagi kita tak tahu macam mana tetapi sekarang ini jalan terbaik,” katanya kepada mStar.

    Bella kini mahu terus fokus kerjaya. – mStar

    Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul Tapi Bukan Denganmu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

    Disoal mengenai situasi anak-anak, Bella memaklumkan Ayden dan Ara tidak pernah mencari dan bertanya mengenai bapa mereka.

    Ketika ini, anak-anaknya menjalani kehidupan normal dan fokus dengan persekolahan dan aktiviti harian.

    “Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya sebagai ibu takut kalau mereka fikir bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar.”

    Bagi dirinya pula, Bella mahu meneruskan kehidupan malah enggan mengenang peristiwa silam yang pernah membelenggu diri.

    Malah aktres itu juga mengakui sudah tidak ambil peduli atau mahu mengetahui perkembangan terkini tentang Aliff. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda