Thursday, January 30, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih banyak inisiatif akan dilaksana untuk rakyat tahun ini – Hajiji

    SANDAKAN, 29 JAN – Kerajaan Sabah akan melaksanakan lebih banyak inisiatif pada tahun ini demi pembangunan negeri dan kesejahte-raan rakyatnya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata inisiatif pembangunan tersebut terutama yang membantu meningkatkan ekonomi rakyat mampu dijayakan jika semua rakyat negeri ini bersatu.

    “Kerajaan negeri hari ini mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan ekonomi khususnya menerusi tiga teras utama Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kerana perjuangan membantu rakyat belum selesai.

    “Hanya kestabilan politik, bersatu hati dan perpaduan yang utuh mampu membawa kepada pembangunan negeri dan rakyat khususnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) peringkat daerah Sandakan di Dewan Yu Yuan hari ini.

    Beliau berkata hal ini dapat dilihat apabila pencapaian dalam ekonomi khususnya kutipan hasil negeri itu terus meningkat setiap tahun daripada RM4 bilion kepada hampir RM7 bilion pada tahun lepas.

    “Saya percaya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Pakatan Harapan (PH) Plus diberi mandat, kutipan hasil akan mencapai hingga lebih RM8 bilion,” katanya.

    Sementara itu, mengulas mengenai masalah air di Sandakan, Hajiji akan memanggil pengarah Jabatan Air Negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah berkenaan. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) mencurahkan ‘pasir emas’ pada tulisan ucapan TBC sebagai simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka TBC 2025 di Dewan Yu Yuan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda