Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih banyak penyedia perindustrian Islam diperlukan

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Lebih banyak penyedia perindustrian Islam diperlukan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi kewangan (fintech) Islam yang terkemuka, menurut pengupaya ekonomi digital tempatan, Cardtrend Systems.

    Pengarah Urusannya Chee Yong Mok berkata, sekiranya Malaysia berupaya mendapat lebih banyak penyedia perindustrian Islam untuk menyertai pasaran fintech Islam, negara akan memperoleh manfaat yang lebih besar dalam pasaran fintech Islam global.

    “Saya percaya fintech Islam telah menjadi pusat tumpuan baharu dalam kalangan syarikat pemula niaga dan pembangunan teknologi maklumat (IT) memandangkan Ekonomi Digital Islam telah dikenal pasti sebagai satu daripada Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 oleh kerajaan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

    Menurutnya, semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama untuk memperkukuh segala sumber bagi membangunkan industri, manakala penyedia perkhidmatan juga perlu berganding bahu untuk menghindari persaingan yang tidak perlu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...