Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih dinamik, serba elektrik

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – QAF Auto Sdn Bhd melancarkan BMW 5 Series Sedan serba baharu, BMW i5 yang lebih dinamik berbanding sebelum ini, menampilkan pelbagai inovasi digital dan buat pertama kalinya, pemanduan elektrik dalam barisan BMW.

    Hadir bersama merasmikan pelancaran berkenaan ialah Duta Besar Jerman di Brunei, Puan Yang Terutama Gerda Winkler; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei Sdn Bhd, Albert Lau; Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo dan Pengurus Kawasan BMW Asia, Jessica Carret.

    Turut hadir pada majlis itu ialah wakil-wakil diplomatik ke Negara Brunei Darussalam dan para jemputan khas.

    Menurut kenyataan, kereta sedan elektrik berprestasi tinggi, i5 eDrive40, yang mampu bertahan dengan jarak sehingga 582 kilometer antara tempoh pengecasan merupakan sedan pertama dalam edisi business vehicle yang berjaya menerajui jalan ke mobiliti premium yang mampan dalam segmen kenderaan pertengahan atas.

    Elektrifikasi yang konsisten, Sistem Kawalan dan Paparan Melengkung BMW yang canggih dengan QuickSelect dan peningkatan kemampanan mencirikan kemajuan yang dicapai dalam transformasi semasa dalam Kumpulan BMW.

    PYT Gerda Winkler, Albert Lau, Alisa Khoo dan Jessica Carret semasa melancarkan BMW 5 Series, BMW i5 pada majlis yang diadakan di QAF Auto kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Bahagian dalaman kereta BMW i5 yang baru diperkenalkan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Model baharu akan ditawarkan di Brunei dengan pemanduan elektrik dan enjin petrol amat cekap dengan teknologi hibrid 48 volt.

    Seperti semua model generasi sebelumnya, BMW 5 Series Sedan serba baharu dihasilkan di BMW Group Plant Dingolfing, di mana motor elektrik dan bateri voltan tinggi untuk BMW i5 Sedan yang pertama juga dikeluarkan. Dalam ucapannya, Alisa Khoo berkata, “BMW 5 Series ialah kereta yang tidak memerlukan pengenalan. Perasaan pemerkasaan yang ditampilkan memberikan inspirasi dan ia adalah pengalaman yang diidamkan oleh pelanggan setiap kali mereka memandu.

    “Dengan pengenalan BMW i5, portfolio EV kami di Brunei kini telah berkembang kepada empat model yang memenuhi semua gaya hidup. Kami yakin tanpa mengira pemanduan, BMW 5 Series menyampaikan kuasa, tumpuan dan hala tuju – ciri-ciri utama yang menentukan mereka berusaha untuk menggerakkan dunia ke hadapan,” tambah beliau.

    Menerusi perkongsian bersama peneraju industri yang berpengaruh, QAF Auto selaku pengedar tunggal kereta BMW di negara ini kekal komited terhadap misinya untuk membentuk masa depan mobiliti di Brunei.

    Kenderaan itu mempunyai kapasiti bateri 83.9kWj dan menawarkan pilihan pengecasan DC berkuasa tinggi yang boleh mencecah sehingga 205kW dan 500A untuk membolehkan pengecasan pantas sebanyak 80 peratus kapasiti dalam masa 34 minit sahaja.

    Menyentuh mengenai pengecas di Brunei untuk kereta elektrik BMW menjadikan mobiliti elektro mudah untuk pelanggan, QAF Auto telah mengembangkan Rangkaian Rakan Kongsi Destinasi Pengecas BMW melalui kerjasama dengan syarikat seperti Ibu Pejabat Bank Baiduri, Hotel Radisson Brunei dan Service Master Enterprise.

    QAF Auto juga bekerjasama dengan BSM untuk memperkenalkan pengecasan pantas Shell Recharge kedua di Bilik Pameran BMW Beribi.

    Selain itu, enjin petrol modular baharu BMW Group Efficient Dynamics akan ditawarkan di Brunei. BMW 520i serba baharu kini menampilkan teknologi hibrid ringan 48 volt dan digabungkan dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda