Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, – Land Rover Discovery Sport terbaru telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peminat kereta jenis Sport Utility Vehicle (SUV), sejak ia diperkenalkan oleh Indera Motors di pasaran negara ini.
Discovery Sport terbaru tersebut didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai rekaan yang munjung dengan gril nipis depan tetap berkonsepkan kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini, yang mempunyai rekaan anggun tersendiri dan jenama mewah.
Tambahan baru pada lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam, gagah dan besar bagi sebuah SUV yang menunjukkan penampilan keseluruhan kereta hampir setanding dengan Range Rover Evoque.
Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera integriti dalam sebuah kereta kompak.
Semasa menjalankan uji pandu baru-baru ini, penulis permotoran berkesempatan menguji prestasi kegagahan kereta ini.



Discovery Sport ini mampu memberi kuasa secukupnya dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged, digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan, sekali gus menawarkan pemanduan yang tenang dan selesa.
Kereta ini mempunyai kemampuan yang memberangsangkan apabila memandunya, yang mana pemandu tidak akan merasa gegaran atau hentakan di tempat duduk kerana bantuan lumbar pada kerusi tersebut merupakan faktor utama kemampuan kereta ini, diselaraskan lagi dengan bantuan elektronik dengan menekan punat berhampiran kerusi pemandu dan penumpang depan.
Tambahan lagi semasa melalui keadaan jalan raya yang tidak rata dengan menggunakan Active Driveline, klac kawalan elektronik yang beroperasi mengikut peredaran tork pada roda akan menjadi lebih mencengkam seperti mana yang dikehendaki.
Ia juga akan memantapkan lagi pengendalian pada laluan yang sukar dan gandar belakang boleh ‘dikunci’ apabila berada di laluan licin.
Banyak fungsi penting dimuatkan di dalam kereta ini, antaranya, Adaptive Dynamics dengan peredam MagneRide™ pula menambah keselesaan pemandu dan penumpang.
Ia menawarkan pelarasan yang lebih adaptif bergantung pada keadaan jalan. MagneRide™ juga mengurangkan gerak badan kenderaan daripada graviti dan meningkatkan kestabilan sewaktu merentasi laluan yang sukar.
Banyak inovasi yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik antaranya Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) hingga MagneRide adaptive dampers.
Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan, yang mana teknologi yang digunakan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).
Penambahan terbaru termasuk sistem infotainment dengan skrin sentuh 8-inci dan bag udara bagi mengurangkan akibat pelanggaran.
Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, sistem kamera keliling HD, lampu automatik, sensor undur, sistem navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.