Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lebih lima tahun bercambah, Rafflesia hanya mekar seminggu

    RANAU – Bunga Rafflesia memerlukan tempoh masa sekurang-kurangnya lebih lima tahun untuk bercambah dan berkembang iaitu bermula dari benih, pertumbuhan tunas sehingga mekar namun jangka hayatnya hanya bertahan antara lima hingga tujuh hari.

    Petugas Taman-Taman Sabah, Abidin Giking yang bertanggungjawab mengendalikan bunga Rafflesia di kawasan seluas 1.3 hektar di kebun bunga Rafflesia, Poring berkata untuk pertumbuhan benih kepada tunas sahaja memerlukan masa hampir empat tahun dan dari tunas hingga kembang antara 12 hingga 15 bulan.

    Beliau yang telah bertugas di kebun itu sejak 16 tahun lalu berkata hanya bunga Rafflesia Keithii yang terdapat di situ selepas ditanam pada tahun 2005 melalui empat kaedah iaitu secara mata tunas, anak benih, keratan dan pindah tanam.

    “Semua kaedah yang ditanam berjaya dan bunga Rafflesia Keithii yang sedang berkembang sekarang ini hasil daripada kaedah anak benih bersaiz 78 sentimeter dan berkembang dalam tempoh lima hingga tujuh hari sahaja.

    “Tetapi bergantung juga kepada  keadaan cuaca, kalau cuaca panas bunga ini akan layu dalam tiga hari dan cuaca lembap boleh bertahan sehingga seminggu,” katanya ketika ditemui Bernama di Sub Stesen Kolam Air Panas, Poring di sini baru-baru ini. 

    Bunga Rafflesia memerlukan tempoh masa sekurang-kurangnya lebih lima tahun untuk bercambah dan berkembang iaitu bermula dari benih, pertumbuhan tunas sehingga mekar namun jangka hayatnya hanya bertahan antara lima hingga tujuh hari.

    Abidin berkata kelopak bunga Rafflesia juga sangat sensitif dengan sentuhan manusia dan akan bertukar warna kehitaman dalam beberapa jam sebelum mati apabila disentuh, selain mengeluarkan bau busuk yang akan menarik serangga lain seperti lalat untuk hinggap sekali gus menjadi ejen pendebungaan.

    Di kebun itu, Abidin juga akan memberi penerangan kepada pengunjung mengenai proses pertumbuhan Rafflesia dan menurutnya bunga itu juga mempunyai jantina yang dapat dikenal pasti selepas enam bulan bunga itu mati.

    Katanya  Rafflesia betina mempunyai cakera terletak di bawah bunga berkenaan yang mempunyai ovari dan menyimpan ribuan biji benih yang akan menjadi makanan kepada haiwan seperti tikus serta tupai.

    “Haiwan inilah yang akan membawa benih Rafflesia ke kawasan perumah lain yang terdapat di sini sebelum bercambah menjadi tunas,” katanya sambil memberitahu terdapat kira-kira 50 perumah di situ.

    Menurut Abidin setiap perumah mempunyai 10 hingga 15 tunas dan pertumbuhan Rafflesia bergantung sepenuhnya kepada perumah sebagai pembekal makanan kepada Rafflesia Keithii.

    Katanya kawasan itu mula dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak 2013 dengan bayaran masuk sebanyak RM10 seorang dan sebelum pandemik COVID-19 dianggarkan lebih 1,000 pelancong datang melihat bunga Rafflesia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...