Saturday, March 29, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih ramai lagi hulur sumbangan perangi COVID-19

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Dalam sama-sama memainkan peranan, memberikan sokongan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pelbagai pihak di negara ini terus menghulurkan sumbangan.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa 18 penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang peribadi menghulurkan sumbangan pada 11 September lalu.

    Penderma-penderma berkenaan ialah Lee Ying Shi yang menyumbangkan monitor dan baju kemeja T; TLT Enterprise menyumbangkan air minuman; Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam menyumbangkan scrubs, pelitup muka, pelitup muka pakai buang dan pelitup muka N92; Mahirah yang menyumbangkan air minuman berperisa; Haba Jaya Enterprise menyumbangkan telur, air minum, biskut, makanan dalam tin, minuman, mi segera, manisan dan minyak masak dan DPPMB menyumbangkan pensanitasi tangan.

    Manakala itu, Perwakilan Sahabat Rezeki Bahirah dan T.S.M Sdn Bhd masing-masing menyumbangkan pelitup muka; Hui Ling menyumbangkan dispenser air, air minum dan gelas; Awang Muhd Rafiuddin menyumbangkan periuk, cerek elektrik dan periuk nasi; Awang Muhammad Naimullah bin Mohammad Zul menyumbangkan air minum, mi segera, pen, jemuran baju dan kertas A3 dan A4; 15th EDPMMO menyumbangkan pelitup muka dan pelindung muka; SRS menyumbangkan kit ujian Antigen Arista Bio serta Ahmad Louis yang menyumbangkan air purifier.

    Penyumbang-penyumbang lain ialah Azimah Wahab yang menyumbangkan berus gigi, sabun tangan, sabun badan, ubat gigi, teh susu, Milo, Nescafe, biskut dan keropok udang; Brunei LNG menyumbangkan ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk; Skinny Meal Brunei menyumbangkan beg plastik, pelekat, tuala dapur, beg sampah, zip lock dan botol serta Samima Sdn Bhd yang menyumbangkan pelitup muka, papan putih, pen, pelindung muka, kertas A4, biskut dan marker.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyarankan bahawa orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan, boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu be-kerja sahaja.

    Wakil dari Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam semasa menyampaikan sumbangan berupa scrubs dan pelitup muka.
    DPPMB turut menyumbangkan pensanitasi tangan.
    Syarikat Samima menghulurkan sumbangan barangan keperluan bagi bersama-sama memerangi COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda