Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih ramai mangsa P. Diddy tampilkan diri

    Kes melibatkan penyanyi rap P. Didddy yang didakwa melakukan kegiatan jenayah pemerdagangan dan keganasan seks menjadi lebih serius apabila kini lebih ramai mangsa tampil sebagai saksi.

    Seorang peguam yang dikenali sebagai Tony Buzbee mendedahkan firmanya bakal mewakili 50 orang individu yang mahu mengambil tindakan terhadap penyanyi itu.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya memberitahu mangsa yang terlibat terdiri daripada lelaki dan wanita, selain ada antara mereka yang merupakan golongan bawah umur ketika kejadian berlaku.

    “Setiap kisah yang diceritakan sangat menyentuh hati. Perbuatan yang diadukan berlaku di hotel, rumah kediaman selain di pesta Freak Off anjuran P. Diddy. Keganasan yang berlaku ini adalah satu bentuk kezaliman terhadap golongan lemah dan bawah umur yang dilakukan oleh orang berkuasa,” jelasnya.

    Malah pihaknya turut menyebut ada dalam kalangan mangsa yang terus berdiam diri tanpa melaporkan kepada pihak polis.

    Buzbee juga yakin lebih ramai mangsa yang akan tampil berkongsi pengalaman sama ketika kes tersebut dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat.

    Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis pada 16 September lalu di sebuah hotel atas tuduhan melakukan perbuatan keji sehingga ramai menjadi mangsa. Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu.

    Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan yang dibuat. – Agensi

    Lebih ramai mangsa berani mendedahkan tindakan zalim Diddy. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda