Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih RM1 juta ayam sejuk beku dirampas

    KOTA KINABALU, 1 MAC – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 81.009 tan metrik ayam sejuk beku bernilai lebih RM1.11 juta termasuk cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran di Pelabuhan Sepanggar, bulan lepas.

    Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman, berkata bertindak atas maklumat Cawangan Risikan JKDM Zon Sabah, pada 2 dan 8 Februari lepas pihaknya memeriksa tiga buah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor.

    “Hasil pemeriksaan mendapati dagangan yang dimuatkan dalam kesemua kontena itu adalah daging ayam beku yang terdiri daripada bahagian dada dan tulang paha ayam, dengan dianggarkan bernilai RM931,500 manakala cukai sebanyak RM186,300,” katanya pada sidang media, hari ini.

    Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua individu yang merupakan pemilik premis yang dialamatkan barangan berkenaan untuk membantu siasatan.

    Menurut Mohd Nasir, siasatan mendapati kesemua kontena itu dibawa masuk dari Thailand ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 16 Januari lepas dengan menggunakan Borang Kastam Nombor 8 melalui jalan darat, seterusnya ke Pelabuhan Klang.

    “Hasil semakan juga mendapati pengimport terus menggunakan Borang Kastam Nombor 3, dan ini adalah tidak betul mengikut Peraturan-Peraturan Kastam mengenai pemindahan barang berstatus in-transit kerana didapati kontena-kontena ini melakukan in-transit di Zon Bebas Pelabuhan Klang,” katanya.

    Mohd Nasir berkata, sepatutnya barang dagangan itu diikrar menggunakan Borang Kastam Nombor 1 terlebih dahulu semasa pergerakan keluar dari Zon Bebas ke Pelabuhan Klang, dan kemudian menggunakan Borang Kastam Nombor 3 dari Pelabuhan Klang ke pelabuhan di negeri ini. – Bernama

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...