LAHAD DATU, 7 Ogos – Hasil respons pantas Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu terhadap 134 panggilan kebakaran serta operasi kebakaran berjaya menyelamatkan harta benda penduduk di sini bernilai RM30.95 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Ketua Balainya, Darren John berkata pihaknya turut merekodkan kejayaan operasi menyelamat 27 orang awam termasuk yang cedera.