Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih RM70 juta diperuntukkan bagi laksana pengukuran tanah adat

    LAHAD DATU, 31 Mac – Rondaan keselamatan bersama di perairan Sulu melibatkan kerjasama tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan dilancarkan pada 11 April depan di Sandakan.

    Komander Kawasan Kesela-matan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk DCP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata inisiatif itu mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menjaga keselamatan perairan negara khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada dibolosi jenayah rentas sempadan.

    “Melalui rondaan koordinasi ini juga menjadikan Esscom terus komited mengekalkan keamanan dan keselamatan yang dipertanggungjawabkan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Perbarisan Ulang Tahun Penubuhan ke-4 Esscom di sini, hari ini.

    Esscom mengkoordinasi tiga pasukan iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi menjaga keselamatan perairan Esszone yang meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Dalam pada itu, Abdul Bari berkata Esscom sentiasa menyasarkan sifar jenayah di Esszone namun perkara itu adalah mustahil tetapi jenayah yang berlaku boleh dikurangkan dengan penglibatan semua pihak.

    Katanya, pasukan keselamatan sahaja tidak cukup untuk mencegah jenayah sendirian sebaliknya memerlukan penglibatan masyarakat setempat.

    “Penglibatan badan bukan kerajaan dan sektor korporat juga masih kurang, kalau boleh kita berbincang perkara yang boleh mereka bantu dan kami bantu sekali gus mewujudkan kerjasama demi keselamatan perairan Sabah,” katanya lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda