Lebih sejuta kanak-kanak lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 25 MEI – Sebanyak 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah lengkap di vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada akhir Mei ini. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan tersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di Malaysia telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,173 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,883 dos harian diberikan semalam meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089 Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID direkodkan semalam di Johor. – Bernama