Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih separuh monyet penyelidikan terlepas di AS berjaya ditangkap

    COLUMBIA, 11 NOV — Lebih separuh monyet yang dibiakkan untuk penyelidikan perubatan yang melarikan diri dari sebuah kemudahan di Carolina Selatan minggu lalu berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat, kata pegawai setempat, kelmarin.

    Sebanyak 24 ekor monyet berjaya ditangkap kelmarin, sehari selepas seekor lagi daripada 43 ekor monyet yang terlepas berjaya ditemui.

    Menurut kenyataan polis Yemassee, kira-kira 80 kilometer di timur laut Savannah, Georgia, sebahagian besar kumpulan monyet tersebut masih aktif di sekitar pagar kemudahan itu dan berteduh di pokok pada waktu malam. Pemeriksaan veterinar awal mendapati kesemua monyet tersebut berada dalam keadaan sihat.

    Kumpulan Rhesus macaques ini melarikan diri pada Rabu lalu selepas seorang pekerja di kemudahan Alpha Genesis di Yemassee tidak menutup pintu kurungan dengan sepenuhnya ketika memberi makan dan memeriksa monyet-monyet tersebut.

    Sejak kejadian itu, monyet-monyet tersebut dilihat meneroka pagar luar kemudahan Alpha Genesis sambil berinteraksi dengan monyet-monyet yang masih berada di dalam. Polis menyifatkan interaksi itu sebagai petanda positif.

    Ketua Pegawai Eksekutif Alpha Genesis, Greg Westergaard, berkata usaha untuk menangkap kesemua monyet tersebut akan diteruskan sehingga kesemuanya berjaya ditemui. – AP

    Seekor monyet rhesus macaques ketika memerhatikan pemain kayak yang sedang mendayung di sepanjang Sungai Silver di Silver Springs, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda