Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih setengah juta penduduk suka menyendiri

    TOKYO, 29 Mac – Lebih 600,000 penduduk Jepun berusia lebih 40 tahun tinggal terpinggir sepenuhnya daripada masyarakat, menetap di rumah lebih enam bulan tanpa interaksi sosial, menurut anggaran kerajaan hari ini.

    Fenomena ini amat meluas di Jepun sehingga ia diberi nama sendiri, hikikomori, yang didefinisikan sebagai seseorang yang tidak ke sekolah atau kerja semalam enam bulan dan tidak berinteraksi dengan sesiapa selain keluarga pada tempoh itu.

    Tinjauan kerajaan yang disiarkan hari ini menganggarkan ada 613,000 hikikomori berusia antara 40 dan 64 tahun, hampir tiga perempat daripadanya lelaki.

    “Bilangan itu lebih tinggi yang kami bayangkan. Hikikomori bukan sekadar isu untuk orang lebih muda,” kata pegawai Pejabat Kabinet yang bertanggungjawab ke atas tinjauan itu.

    Sehingga baru-baru ini, ia disangka isu yang lebih menjejaskan remaja dan belia dalam lingkungan umur 20an tetapi Jepun yang ramai warga tua menyaksikan hikikomori pertengahan umur yang mengasingkan diri pada tempoh lebih lama.

    Separuh daripada mereka yang termasuk dalam tinjauan sudah meminggirkan diri selama lebih tujuh tahun.

    Perangkaan itu lebih tinggi berbanding jumlah anggaran hikikomori di bawah usia 39, iaitu kira-kira 541,000, menurut tinjauan sama yang diterbitkan pada 2016. — AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda