Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – TCY Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal Audi di Brunei Darussalam telah memperkenalkan barisan baharu bagi model Audi A4 Sedan, iaitu Audi A4 Black edition yang tampak lebih sportif berbanding barisan A4 yang lainnya.
Pakej edisi Hitam tersebut mempunyai dua pilihan iaitu dengan enjin 150 kuasa kuda dan 252 kuasa kuda (quattro AWD).
Wartawan Media Permata diberikan peluang melihat lebih dekat Audi A4 Black Edition tersebut, di Bilik Pameran Audi, Kiarong, dan menguji pandu kereta berkenaan, hari ini.
Daripada pendekatan tersebut, Audi A4 Black Edition ini ternyata lebih sportif dan eksklusif, sesuai dengan prestasi yang ada pada Audi A4.
Ciri-ciri umum bagi A4 juga termasuk di dalamnya seperti Drive Select, paparan digital Virtual Cockpit dan Navigation plus, dengan tambahan pengesan Side Assist bagi titik buta, dan sistem bunyi 3D B&O bagi unit quattro AWD.
Setanding dengan barisan S, Audi A4 Black Edition tersebut termasuk gril radiator depan, salur masuk udara tepi dan lip spoiler depan yang berwarna hitam, side sill trims dan spoiler belakang sportif berwarna hitam, inlays yang berwarna hitam (bagi 1.4), dan rim eksklusif Audi Sport aluminium 18 inci dengan reka bentuk 10-y-spoke berwarna hitam.
Manakala bagi model 252 kuasa kuda dengan quattro AWD termasuk housing luaran cermin dalam warna hitam, tempat duduk depan kulit/kulit buatan, roda stereng barisan S dengan reka bentuk 3-spoke dan multifunction plus, pedal dan tempat rehat kaki menggunakan stainless steel, dan rim eksklusif Audi Sport 5-arm-rotor 19 inci dengan rupa matte titanium atau rim eksklusif Audi Sport 5-v-spoke 19 inci dengan rupa titanium dilengkapi dengan callipers brek yang dicat merah.

