Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih takut lipas daripada mati

    SINGAPURA, 1 NOV – Satu kaji selidik di Singapura baru-baru ini mendapati rakyat negara itu lebih takutkan lipas daripada kematian, hantu dan kesunyian.

    Kaji selidik oleh agensi antarabangsa YouGov itu mendapati lipas menghuni senarai keempat perkara paling ditakuti penduduk Singapura di belakang lemas, api dan reptilian.

    Tinjauan oleh agensi berpangkalan di Britain itu membabitkan 1,033 responden pelbagai peringkat umur di seluruh negara sempena Halloween.

    Sementara itu, sebanyak 40 peratus responden takutkan kematian dan 31 peratus responden takutkan labah-labah.

    Sebanyak 39 peratus responden takutkan hantu manakala 21 peratus lagi takutkan doktor gigi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda