Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebihan dagangan Indonesia meningkat AS$4.53 bilion

    JAKARTA, 18 APRIL – Lebihan dagangan Indonesia pada Mac meningkat kepada AS$4.53 bilion daripada AS$3.83 bilion pada Februari.

    Ketua Badan Pusat Statistik Indonesia Margo Yuwono berkata ini berikutan kenaikan harga eksport komoditi di tengah-tengah gangguan dalam eksport komoditi Ukraine dan Rusia.

    Bercakap dalam satu taklimat, beliau berkata eksport meningkat 29 peratus kepada AS$26.5 bilion pada Mac berbanding Februari apabila eksport minyak dan gas melonjak, terutamanya bahan api galian.

    Pada Mac, import ekonomi terbesar Asia Tenggara meningkat 32 peratus kepada AS$21.97 bilion berbanding Februari dengan peningkatan yang ketara terhadap import mesin dan peralatan elektrik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda