Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Sebuah syarikat perniagaan di Daerah Temburong, Syarikat Seri Jasa, telah dikeluarkan notis amaran kerana menjual minyak masak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
Minyak masak adalah salah satu senarai barangan yang dikawal harga di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142.
Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis perniagaan di Daerah Temburong, baru-baru ini.