Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron akhiri kekalahan berturut-turut

    LOS ANGELES, 30 DIS – LeBron James menyemai musim terbaiknya dengan menjaringkan 21 mata buat pasukannya dan 16 assist ketika Los Angeles Lakers menang 128-120 ke atas Portland setelah mengalami empat kekalahan berturut-turut sebelumnya.

    “Kami cuma berharap untuk bermain dengan baik,” kata James. “Kami cuba untuk bermain dengan cara yang betul, memberikan bola kepada pemain hadapan. Menang, kalah, atau seri kami tetap akan melakukan hal yang sama.”

    James hanya pemain pertukaran bagi perlawanan ini disebabkan kecederaan pada pangkal paha yang telah mengakibatkannya bermain pada minit-minit akhir perlawanan sahaja. James mengatakan rawatan untuk kecederaan tersebut hanya memerlukan banyak ais.

    “Saya lakukannya dengan baik serta tetap bermain untuk pasukan, dan saya hanya membiarkan ais tersebut menjalankan tugasnya,” katanya.

    Kyle Kuzama penjaring terbanyak buat pasukannya dengan 24 mata dan Anthony Davis menambah 20 mata, sembilan rebounds dan lima Assist untuk menang.

    Jurulatih Lakers, Frank Vogel berkata mereka perlu membetulkan kesilapan yang menyebabkan mereka mengalami kekalahan paling lama dalam musim ini.

    “Kami mendapat kemenangan dan kami gembira mengenainya,” katanya. “Kami membuat beberapa perubahan terhadap beberapa perkara yang mengakibatkan kekalahan kami pada beberapa perlawanan sebelumnya.” – AFP

    Pemain hadapan Los Angeles Lakers LeBron James (depan kiri) mencuba untuk menjaringkan gol semasa perlawanan bola jaring NBA di Portland, Ore pada 28 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda