Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron bantu Lakers menang berturut-turut

    LOS ANGELES, 28 FEB – LeBron James mencatatkan 33 mata dan 17 rebound, membantu Los Angeles Lakers meraih kemenangan keempat berturut-turut setelah menewaskan Minnesota Timberwolves 111-102 semalam.

    Austin Reeves menambah 23 mata, sementara Luka Doncic menyumbang 21 mata dan 13 rebound untuk membantu Lakers memperbaiki rekod mereka kepada 14-3 sejak 21 Januari.

    Terrence Shannon Jr. memimpin Timberwolves dengan 25 mata, rekod tertinggi kerjayanya, namun Timberwolves kini telah kehilangan tiga daripada empat perlawanan terakhir mereka dan lima daripada tujuh perlawanan terakhir.

    Timberwolves berjaya bangkit meskipun bintang utama mereka, Anthony Edwards, dibuang padang pada minit ke-5:27 di suku ketiga selepas menerima pelanggaran teknikal kedua.

    Edwards membaling bola ke arah penonton selepas dibuang padang. Sekiranya kedua-dua pelanggaran teknikal dikekalkan, dia akan digantung satu perlawanan kerana mengumpul 16 pelanggaran teknikal musim ini.

    Edwards, yang berada di tempat keempat dalam senarai penjaring dengan purata 27.3 mata setiap perlawanan, mencatatkan 18 mata.

    Minnesota tertinggal 92-77 kurang daripada tiga minit memasuki suku keempat, tetapi mereka berjaya membuat kebangkitan dengan 13-1. Namun, Doncic menamatkan momentum Timberwolves dengan melepaskan lontaran tiga mata dari kedudukan tidak seimbang pada minit ke-3:37, menambah kelebihan Lakers kepada 98-91.

    Kedua-dua pasukan akan bermain lagi pada malam Jumaat. Timberwolves akan bertandang ke Utah, manakala Lakers akan menjadi tuan rumah kepada Clippers. – AP

    Terrence Shannon Jr. cuba melepaskan lontara sementara LeBron James menepisnya semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA, pada 27 Februari, di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda