Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron cipta rekod baru NBA

    LOS ANGELES, 28 Feb – LeBron James menjadi pemain tertua dalam sejarah liga untuk mempunyai purata ‘triple-double’ dalam bulan kalendar, menjaringan 31 mata hari ini dalam kemenangan 129-123 Cleveland ke atas Brooklyn Nets.

    Ia adalah kali pertama dalam 15 tahun kerjayanya dalam NBA dan James sangat teruja dengan pencapaiannya itu.

    “Sudah ramai pemain-pemain hebat yang sudah beraksi dalam liga ini dan mendapati hanya anda dalam satu kategori itu adalah sangat luar biasa,” kata James.

    “Saya bangga dalam mendapatkan ‘triple-double’ sejak saya mula bermain bola keranjang.

    “Saya tidak mahu dilabel sebagai (hanya) penyerang.

    Aksi menarik dalam perebutan bola antara bintang Cavs, LeBron James (kanan) dan Rondae Hollis-Jefferson dari Brooklyn dalam saingan NBA di Cleveland. – AP

    Saya memang sentiasa mahu dilabel sebagai pemain bola keranjang. Memberikan asis memberikan kepuasan pada diri saya.”

    Pemain tertua sebelum ini yang meraih purata ‘triple-double’ dalam bulan kalendar, melibatkan sekurang-kurangnya 10 perlawanan, adalah Hall of Famer, Wilt Chamberlain pada bulan Mac 1968 semasa berusia 31 tahun.

    James menghasilkan 12 ‘rebound’ dan 11 asis bagi ‘triple-double’ ke-12 peribadinya musim ini dan ke-67 dalam kerjayanya.

    Dia juga telah mencapai 8,000 asis dan menjadi pemain pertama dalam sejarah liga untuk mencapainya, bersama dengan 30,000 mata dan 8,000 rebound.

    James dan George Hill menjaringan dua lontaran percuma dalam 16 saat terakhir untuk memastikan kemenangan.

    Lontaran percuma itu hadir selepas permainan tiga mata Rodney Hood ketika permainan berbaki 40 saat telah memberikan Cleveland pendahuluan 123-121 dalam permainan sengit itu.

    Pada ketika ini, Brooklyn sudah tewas sembilan daripada 10 perlawanan terakhir mereka dan kini memiliki rekod ketujuh terburuk dalam liga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda