Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    LeBron cipta rekod bermain di All-Star NBA kali ke-20

    NEW YORK, 26 JAN – Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, telah diundi ke dalam perlawanan All-Star NBA untuk rekod kali ke-20 kelmarin, disenaraikan antara 10 pemain permulaan untuk pertandingan All-Star ke-73 bulan depan.

    James, pemain NBA Paling Bernilai empat kali, telah disenaraikan sebagai pemain permulaan All-Star untuk tahun ke-20 berturut-turut, satu rentetan yang bermula pada 2005, kempen NBA keduanya.

    Pemain perancang Amerika Syarikat berusia 39 tahun itu, juara NBA empat kali, memecahkan rekod penampilan All-Star yang pernah dikongsinya dengan legenda Lakers lain, Kareem Abdul-Jabbar.

    Perlawanan All-Star NBA akan berlangsung pada 18 Februari di Indianapolis antara skuad elit dari Eastern dan Western conference.

    Sebagai pemain yang memperolehi mata teratas di Western Conference, James, akan bermain sebagai kapten dan menyertai barisan utama yang turut bermain termasuk pemain Phoenix Suns, Kevin Durant, dan pemain tengah Serbia, Nikola Jokic, Pemain Paling Berharga dua kali dari juara bertahan, Denver Nuggets.

    Pemain pertahanan di Western Conference termasuk pemain Slovenia, Luka Doncic, dari Dallas dan Shai Gilgeous-Alexander dari Kanada, yang bermain untuk pasukan Oklahoma City.

    Bintang Greece, Giannis Antetokounmpo, dari Milwaukee Bucks akan menjadi kapten untuk Eastern Conference, di mana pemain permulaan di bahagian gelanggang hadapan turut termasuk MVP NBA yang berasal dari Cameroon dan penjaring terbanyak musim ini, Joel Embiid, dari pasukan Philadelphia 76ers, dan Jayson Tatum dari Boston Celtics.

    Pemain di Eastern Conference termasuk Tyrese Haliburton dari Indiana Pacers, pendahulu assist NBA, dan Damian Lillard dari Bucks, membuat penampilan All-Star kelapannya selepas ditukar dari Portland Trail Blazers ke Bucks sebelum musim ini. – AFP

    Aksi James (kiri), menjaringkan dunk ketika Williams bertahan semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA pada 25 Januari, di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...