Monday, December 2, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron, Curry intai Olimpik Paris

    LOS ANGELES, 12 SEPT – Bintang NBA, LeBron James dan Stephen Curry adalah antara beberapa pemain terkemuka yang berminat untuk bersaing untuk Amerika Syarikat (AS) pada Sukan Olimpik Paris tahun depan, menurut beberapa laporan, kelmarin.

    Juara Olimpik dua kali dan juara NBA empat kali, James telah mengajak rakan bintang NBA untuk menyertai skuad AS yang memburu pingat emas kelima berturut-turut tahun depan di Perancis, menurut The Athletic.

    Sementara itu, juara NBA empat kali bersama Golden State Warriors, Curry telah menyatakan keinginannya untuk bermain dalam skuad Olimpik dibimbing oleh jurulatih Warriors, Steve Kerr, lapor ESPN.

    Berita itu dilaporkan sehari selepas pasukan AS yang terdiri daripada 20 orang bintang NBA meninggalkan Piala Dunia Bola Keranjang dengan tangan kosong berikutan kekalahan kepada Kanada dalam perlawanan perebutan pingat gangsa dan kepada juara Jerman pada separuh akhir.

    James, pemain berusia 38 tahun, mengetuai AS memenangi emas Olimpik pada 2008 di Beijing dan 2012 di London tetapi tidak bermain sejak itu.

    Dia pernah merasai kekecewaan di peringkat global, bagaimanapun, telah menjadi simpanan dalam skuad AS 2004 yang meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Athens dan pasukan 2006 yang di Piala Dunia Bola Keranjang.

    James bukan sahaja berminat untuk bermain untuk Olimpik Paris tetapi telah memanggil rakan-rakan bekas Pemain Paling Berharga NBA, Curry dan Kevin Durant berharap dapat memujuk mereka bermain pada 2024.

    Juara NBA dua kali Durant, penyerang Phoenix Suns yang akan berusia 35 tahun akhir bulan ini, membantu usaha pingat emas Olimpik AS di London serta 2016 di Rio dan pada 2021 di Tokyo. – AFP

    Reaksi LeBron James semasa perlawanan bola keranjang NBA menentang Oklahoma City di Los Angeles pada 7 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda