Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    LeBron enggan menyerah kalah

    LOS ANGELES, 21 MEI – LeBron James enggan mengaku kalah semalam selepas Los Angeles Lakers mengalami kekalahan playoff kepada Denver yang menyebabkan mereka perlu mencipta semula sejarah untuk mara ke Pusingan Akhir NBA.

    Denver masih ketinggalan satu perlawanan untuk menempah tempat ke peringkat akhir buat kali pertama dalam sejarah francais selepas kekalahan klinikal 119-108 ke atas Lakers di Los Angeles yang menyebabkan mereka mendahului 3-0 dalam siri akhir terbaik dari tujuh Western Conference.

    Dalam sejarah NBA, tiada pasukan yang pernah bangkit daripada kekalahan 3-0 dalam playoff.

    James bagaimanapun menegaskan Lakers boleh mengubah siri itu, bermula dengan kemenangan dalam perlawanan keempat esok.

    Apabila ditanya sama ada ‘keyakinan’ masih ada di dalam bilik persalinan Lakers, James menjawab, “Seharusnya ada. Saya harap begitu.

    LeBron James memberikan reaksi semasa suku keempat perlawanan menentang Denver Nuggets di Crypto.com Arena di Los Angeles, California, semalam. – AFP

    “Saya tidak boleh bercakap untuk mereka sekarang kerana saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka sekarang. Tetapi saya masih yakin,” jelasnya.

    James berkata, dia akan menggunakan kemungkinan untuk menulis semula sejarah dan membawa Lakers kembali bangkit sebagai satu motivasi.

    “Itu satu-satunya pemikiran yang pasti bagi saya,” katanya.

    James menambah bahawa mesejnya kepada rakan sepasukan untuk baki siri ini adalah “menumpu pada satu masa.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...