Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron gembira kemajuan AS

    ABU DHABI, 18 JULAI – LeBron James gembira dengan kemajuan yang dicapai oleh Amerika Syarikat (AS) dalam kemenangan 105-79 ke atas Serbia dalam perlawanan persahabatan di Abu Dhabi kelmarin, tetapi menegaskan terdapat begitu banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam memburu emas di Olimpik.

    Selepas kemenangan tipis ke atas Australia Isnin lalu, yang menyaksikan AS mendahului 20 mata menjelang penghujung perlawanan, di mana pemain bintang pasukan itu berada dalam prestasi terbaik menentang Serbia pimpinan Nikola Jokic.

    Stephen Curry, yang hanya menjaringkan tiga mata dalam kemenangan 98-92 AS ke atas Boomers telah menyerlah kelmarin dengan membuka jaringan tiga mata pada permainan pertama dan menamatkan permainan de-ngan 24 mata tertinggi pasukan.

    “Kami menarik pasukan lawan pada pembukaan permainan atas sebab tertentu, supaya pergi ke kawasan kami,” kata James.

    Manakala Bam Adebayo juga mempamerkan permainan yang baik, datang dari bangku simpanan untuk mengumpul 17 mata, lapan rebound dan dua assist.

    Pemain tengah Miami Heat bergabung dengan baik di bahagian pertahanan di mana Anthony Davis mempunyai enam block, enam rebound dan menjaringkan tujuh mata.

    “Bam dan Anthony Davis mempunyai keistimewaan masing-masing,” kata ketua jurulatih AS, Steve Kerr.

    “Mereka akan bergabung dengan tekanan bola yang diberikan oleh Book pada point guard mereka, saya fikir itu menetapkan rentak kami.” – AFP

    Reaksi LeBron James semasa perlawanan persahabatan Bola Keranjang pra Olimpik antara AS dan Serbia di Abu Dhabi pada 17 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda