Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron James akan mulakan Le Mans

    LE MANS, 7 JUN – Superstar NBA LeBron James telah dinamakan sebagai pemula rasmi untuk Le Mans 24 Jam yang berusia 100 tahun, yang pada tahun ini mengalu-alukan pasukan Amerika ke perlumbaan ketahanan paling berprestij di dunia.

    Penjaring terbanyak sepanjang zaman NBA itu berkata beliau berbesar hati untuk disertakan dalam sambutan 100 tahun di Le Mans.

    “Tiada apa-apa seperti melihat dan mengalami sukan pada tahap tertinggi mereka,” kata James dalam satu kenyataan.

    “Adalah satu penghormatan bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini dalam sukan permotoran dan membantu meraikan ulang tahun salah satu acara sukan terbesar di dunia.

    “Saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan ikonik ini dan menyaksikan pemandu bertaraf dunianya bersaing di pentas global Le Mans,” tambahnya lagi. – AP

    LeBron James telah dinamakan sebagai pemula rasmi untuk 24 Jam Le Mans yang berusia 100 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda