LOS ANGELES, 29 Mac – Bintang Cleveland, LeBron James menyamakan rekod jaringan dua digit 866 yang dicatatkan ikon NBA, Michael Jordan semalam dalam menerajui Cavaliers untuk kemenangan 118-105 ke atas Charlotte Hornets.
James menamatkan dengan 41 mata, 10 rebounds dan lapan asis bagi pasukan Cavs, yang menyaksikan kebangkitan setelah kekalahan di Miami pada Selasa lalu di mana mereka hanya menjaringkan 79 mata.
Dia mencatatkan jaringan dua digit pada suku kedua dengan menghasilkan lompatan dunk setelah mendapatkan hantaran daripada JR Smith.
“Pada bila-bila masa sahaja saya berada dalam perbincangan bersama Mike dan pemain hebat yang lain, memastikan saya tahu untuk melakukan perkara yang tepat,” kata James, yang menyaksikan jaringannya bermula pada 6 Januari 2007.
Jordan menghimpunkan jaringannya bermula 1986-2001.

Ia adalah satu kejayaan bagi Kemba Walker dari Charlotte. Dengan 21 mata dia mengatasi Dell Curry (9,839 mata) sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa bagi Hornets.
James berkata masa seperti itu seharusnya sesuatu yang menarik, walaupun kehilangan usaha. Tetapi dia berkata rekod bukanlah memacunya untuk menghasilkan kejayaan tersebut.
“Motivasi saya adalah menyukai permainan itu,” katanya.
James berkata pasukan Cavs terpaksa bangkit selepas mereka terjejas oleh pasukan Heat.
“Miami melakukan tugasan yang bagus dalam menekan kami keluar dari zon selesa dan kami mahu datang ke sini malam ini dan cuba mendapatkannya balik dan kami berjaya melakukannya,” kata James.
Cleveland, yang beraksi tanpa Kevin Love selepas pemain penyerang itu mengalami konkusi di Miami, mendahului setengah perlawanan dari Philadelphia 76ers bagi mengungguli tangga ketiga dalam Eastern Conference. – AFP