Lebron julang Lakers tewaskan Blazers

MIAMI, 25 OGOS – LeBron James menjaringkan 30 mata dan melakukan 10 assist untuk membantu Los Angeles Lakers menewaskan Portland Trail Blazers 135-115 dalam perlawanan ke empat pusingan pertama siri playoff Western Conference hari ini.

Anthony Davis mencatat 18 mata, lima rebound dan lima assist sebelum meninggalkan perlawanan dalam suku ketiga dengan kekejangan otot ketika pasukan pilihan utama Lakers mendahului 3-1 dalam siri perlawanan.

“Saya sangat bangga dengan pasukan saya, cara mereka bermain malam ini,” kata James.
Lakers memakai baju khas berwarna hitam dan kuning jersi ‘Black Mamba’ untuk memperingati bekas pemain hebat Lakers, Kobe Bryant yang terkorban, bersama anak perempuannya dan tujuh yang lain, dalam nahas helikopter tujuh bulan yang lalu.

Ahad nanti akan menandakan hari ulang tahun Bryant yang ke-42.

“Saya sangat bersyukur dan satu penghargaan untuk terus mengingati Kobe Bryant dan Gigi Bryant dan kesemua yang terkorban dalam insiden tragedi,” kata James.

Aksi pemain LA Lakers, LeBron James membuat percubaan dan cuba dihalang oleh pemain Trail Blazers, Jusuf Nurkic. – AP

Bryant yang memakai baju nombor 24 selama 10 musim dan nombor 8 sebelum menyertai Lakers.

James berkata pada satu detik separuh masa pertama, dia melihat papan kedudukan mata dan menyedari bahawa mereka mendahului 24-8.

“Apabila saya melihat kedudukan 24-8, saya merasa ia adalah okey, dia ada di sini (bersama kita),” kata James mengenai Bryant.

Bintang Portland, Damian Lillard turut dikeluarkan pada suku ketiga dengan kecederaan lutut pada bahagian kanan kaki. Dia telah menerima rawatan dan menamatkan perlawanan dengan 11 mata dalam 27 minit.

Kyle Kuzma menjaringkan 18 mata dan Danny Green menambah 14 ketika Lakers mendominasi perlawanan.

Jusuf Nurkic melakukan percubaan dan menjaringkan 20 mata dan 13 rebound dan CJ McCollum menjaringkan 18 mata untuk Trail Blazers.

Lakers mampu merebut kemenangan siri tujuh perlawanan dengan satu kemenangan dalam lima perlawanan pada Rabu. – AFP