Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebron keluar, Cleveland menang

    LOS ANGELES, 29 Nov- Penyingkiran pertama LeBron James sepanjang kerjayanya berlaku dengan pantas dalam kemenangan kesembilan berturut-turut Cleveland Cavaliers dalam NBA semalam, kejayaan 108-97 ke atas Miami Heat.

    Kevin Love beraksi dengan cemerlang, menjaringkan 38 mata untuk memberikan pendahuluan pasukan Cavs ketika James kehilangan sabar dan diketepikan buat kali pertama dalam 1,082 perlawanan musim biasa.

    James, yakin dia dikasari dalam larian ke jaring, terus menghampiri pengadil perlawanan, Kane Fitzgerald, dan menjerit dengan marah.

    Fitzergerald dengan segera menegur bintang itu kerana teknikal faul dan kemudian menunjukkan tempat keluar dengan perlawanan berbaki 1:59 pada suku ketiga.

    “Saya dikasari,” kata James. “Saya menunjukkan kekecewaan saya kepada pengadil dan dia mengarahkan saya ke bilik persalinan.” James, yang melepaskan bola dari James Johnson dari Miami pada satu sudut, berkata dia “dikasari sehingga ke gelanggang dari masa saya melepaskannya sehingga saya menghampiri rim.”

    Lebron James (23) melepasi pemain Miami Heat’s James Johnson (16) dalam aksi perlawanan separuh masa pertama. – AP

    “Saya berkata apa yang perlu saya katakan dan saya meneruskan permainan,” tambah James, yang merasakan Fitzgerald menilai faul teknikal kedua apabila pada faktanya pengadil telah memberikannya penyingkiran langsung selepas satu teknikal.

    Fitzgerals dalam musim NBA kesembilannya, memberitahu sekumpulan wartawan keputusan itu “kemuncak terhadap beberapa tindakan berbeza.

    “Dengan segera selepas tiada amaran, dia berpusing dan melepaskan pukulan ke arah saya dan kemudian secara agresif menuduh saya dan kemudian menyatakan perkataan kesat di telinga saya beberapa kali,” kata Fitzgerald.

    “Ia sudah berlaku,” kata James, yang menjaringkan 21 mata dengan 12 rebound, enam bantuan dan lima steal. “Kami mencatatkan kemenangan dan ia adalah yang penting.”

    Pasukan Cavs mendahului 93-70 pada ketika itu, dan ketiadaan James bagi suku akhir tidak menghalang juara Eastern Conference itu dari melakarkan kemenangan ke sembilan berturut –turut.

    Perlawanan itu menandakan buat kali pertama jurulatih Heat, Erik Spoelstra bersaing menentang bekas bintang Miami, James dan Wade pada masa yang sama. Dia melatih pasukan Heat dengan mengetaui dua sehingga empat kemunculan NBA Finals dari 2011-2014, memenangi gelaran pada 2012 dan 2013. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda