Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    LeBron kembali raih kemenangan Lakers

    LOS ANGELES, 19 NOV – LeBron James memulakan musim ke-23 dengan kemenangan kelmarin, setelah kembali selepas hampir sebulan tidak bermain bola keranjang dalam kemenangan 140-126 Los Angeles Lakers ke atas Utah Jazz.
     
    James, 40, terlepas 14 perlawanan pertama Lakers musim ini kerana sciatica tetapi kembali segera ke rentak permainannya sebelum menamatkan musim dengan jaringan 11 mata, 12 assist dan tiga rebound.
     
    Masih ada masa untuk James mencipta satu lagi rekod baharu, dua jaringan tiga mata beliau membawanya mengatasi Reggie Miller untuk tempat keenam dalam senarai jaringan tiga mata sepanjang zaman NBA.
     
    Luka Doncic, yang mendahului jaringan Lakers dengan 37 mata, mengalu-alukan kepulangan James ke dalam barisan pemain.
     
    “Sudah lama dia tidak bermain bola keranjang, jadi saya fikir untuk perlawanan pertama kembali, dia kelihatan hebat,” kata Doncic. “Dia akan terus mendapatkan rentak permainannya dan dia akan banyak membantu kami,” tambahnya.
     
    LeBron mengekalkan kawalan bola semasa menentang Jazz di Crypto.com Arena pada 18 November di Los Angeles, California. – AFP
    Doncic diperkukuhkan dengan jaringan 26 mata daripada Austin Reaves dengan Deandre Ayton menambah 20 mata.
     
    Jazz mendahului dengan jaringan 11 mata pada suku kedua tetapi tewas pada suku ketiga apabila Lakers mencatatkan jaringan 37 mata untuk membuka pendahuluan jaringan lebih 10 mata menuju ke suku terakhir.
     
    Di tempat lain kelmarin, Detroit Pistons melanjutkan rentetan kemenangan terpanjang mereka sejak 2008 kepada 11 perlawanan dengan kemenangan 120-112 di Atlanta, menamatkan rentetan kemenangan lima perlawanan Atlanta Hawks.
     
    Pistons, yang mendahului Eastern Conference dengan rekod 13-2, mendapat jaringan 25 mata dan 10 assist daripada Cade Cunningham dan jaringan 24 mata dengan lapan rebound daripada Jalen Duren.
     
    Jalen Johnson menyemarakkan Atlanta (9-6) dengan jaringan 25 mata, sembilan rebound dan lapan assist.
     
    Di Brooklyn, Jaylen Brown menjaringkan 29 mata dan Payton Pritchard menambah 22 mata dan 10 rebound untuk mencetuskan kemenangan Boston Celtics 113-99 ke atas Brooklyn Nets. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda