Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    LeBron laung impian bawa Lakers mara ke playoff

    SALT LAKE CITY, 20 FEB – LeBron James tidak pernah terlepas perlawanan playoff NBA dalam dua musim berturut-turut sejak dua kempen pertamanya dan bintang Lakers itu tidak ingin perkara itu berulang lagi tahun ini.

    Tetapi pemain perancang berusia 38 tahun itu, yang menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang masa NBA pada awal bulan ini, mengalami kecederaan dan mungkin akan beraksi di perlawanan All-Star NBA dengan menanggung kecederaan.

    James tidak bermain pada separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan pada tangan kanannya apabila pasukan LeBron tewas kepada pasukan Giannis Antetokounmpo 184-175, kekalahan pertama James dalam enam kali perlawanan sebagai kapten All-Star.

    “Jari saya tersekat pada rim, tetapi saya akan baik-baik saja,” kata James. “Saya rasa ia tidak perlu terlalu bimbang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga saya terpaksa berehat sepanjang perlawanan.”

    James, yang juga terlepas tiga perlawanan akibat kecederaan kaki kiri sebelum membuat kemunculan semula Rabu lalu, baru sahaja menyatakan sebelum perlawanan betapa pentingnya kesihatannya ketika dia cuba menjulang Lakers ke playoff dalam tempoh dua bulan akan datang.

    “Perkara paling penting bagi saya sekarang ialah mengekalkan kesihatan saya dan bersedia untuk rakan sepasukan selepas rehat ini kerana kami perlu melakukan usaha keras jika kami mahu melakukan sesuatu yang istimewa,” kata James.

    “Ia adalah 23 perlawanan paling penting dalam karier saya untuk musim biasa.”
    Lakers bergelit dengan keputusan 27-32 dan berada di kedudukan ke-13 di Western Conference.

    Mereka berada dua perlawanan di belakang Oklahoma City untuk tempat ke-10 dan tempat terakhir dalam permainan play-in selepas tamat musim dan 3.5 perlawanan di belakang Dallas yang berada di tempat keenam untuk tempat playoff yang terakhir. – AFP

    Jayson Tatum (0), bermain untuk skuad Antetokounmpo melakukan dunk semasa separuh masa kedua perlawanan All-Star bola keranjang NBA di Salt Lake City. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...