Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebron setuju lanjut kontrak bernilai AS$97j

    LOS ANGELES, 18 OGOS – LeBron James bersetuju dengan terma pelanjutan kontrak selama dua tahun bersama Los Angeles Lakers yang bernilai AS$97.1 juta, menurut beberapa laporan kelmarin.

    Perjanjian tersebut, menurut ESPN dan The Athletic, termasuk pilihan pemain bagi musim 2024-2025, di mana James mungkin menyaksikan anaknya yang berusia 17 tahun, Bronny, menjadi pemain baharu NBA.

    Kontrak penyerang bintang Los Angeles Lakers itu boleh mencecah AS$111 juta sekiranya siling gaji NBA membuat perubahan besar bagi kempen 2023-2024.

    Terma itu akan menjamin James untuk memperoleh AS$532 juta jumlah pendapatan, menewaskan pemenang NBA empat kali dan Pemain Paling Berharga NBA empat kali, Kevin Durant bagi jumlah pendapatan keseluruhan.

    James, 37, berkata dia ingin bermain selepas musim 2024-2025 bagi merebut peluang untuk beraksi bersama anak sulungnya, yang merupakan seorang pemain muda berbakat besar di Los Angeles.

    James, yang memasuki musim terakhir dalam kontraknya bersama Lakers pada Oktober, kini boleh mengadakan rundingan bagi perjanjian baharu atau menjadi ejen bebas dalam dua musim, pilihan serupa bagi rakan sepasukannya, Anthony Davis.

    Kali terakhir Lakers memenangi gelaran NBA adalah pada 2020 tetapi mereka terlepas saingan playoff musim lalu, selepas mencatatkan 33-49, dan penampilan James bersama pasukan sangat terbatas dengan hanya beraksi 56 perlawanan disebabkan mengalami kecederaan.

    Namun pemain itu secara perata menyumbang 30.3 mata, 8.2 rebound dan 6.2 assist bagi setiap perlawanan. – AFP

    Gambar bertarikh 11 Disember 2011 menunjukkan Bronny James disapa oleh ayahnya LeBron semasa beraksi di Footprint Center di Phoneix. LeBron James bersetuju dengan terma pelanjutan kontrak selama dua tahun bersama Los Angeles Lakers yang bernilai AS$97.1 juta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...