LOS ANGELES, 21 NOV – Bintang NBA, LeBron James, kelmarin berkata dia ingin berehat daripada media sosial selepas berkongsi siaran yang ‘negatif’ dalam liputan media AS.
James, yang mempunyai kira-kira 212 juta pengikut yang digabungkan dari akaun Instagram dan X, mengumumkan berhenti daripada media sosial selepas berkongsi siaran oleh Rich Kleiman, ejen yang telah lama berkhidmat dengan bintang NBA, Kevin Durant.
“Dengan begitu banyak kebencian dan negatif di dunia hari ini, ia masih mengelirukan saya mengapa sesetengah media sukan negara masih berfikir bahawa cara terbaik untuk membuat liputan sukan adalah melalui pandangan negatif,” tulis Kleiman di X. “Saya berpendapat bahawa semuanya seperti membazir nafas,” tambahnya.
James dari Los Angeles Lakers James berkongsi siaran tersebut kepada pengikutnya dengan komen satu perkataan: “AMEN!!” tanda setuju.
Lelaki berusia 39 tahun itu kemudiannya menyusuli siaran dengan mengesahkan dia akan meninggalkan media sosial, buat masa ini.
“Dan dengan itu, saya akan holla pada kamu semua! Saya tinggalkan media sosial buat masa ini. Kamu semua jaga diri,” tulis James di X.
Ia bukan kali pertama James meninggalkan media sosial. Penjaring mata rekod sepanjang masa itu pernah berehat sebelum ini, tetapi biasanya untuk menumpukan perhatian pada bola keranjangnya.
James telah membayangkan rasa tidak puas hati dengan kritikan dalam talian berikutan kemenangan Lakers ke atas Utah pada hari Selasa lalu, apabila pemain baru Los Angeles, Dalton Knecht meraih 37 mata.
Bercakap mengenai prestasi Knecht, James berkata dia menyedari bakatnya itu daripada menonton kerjaya kolejnya di Tennessee.
“Semua orang di talian memanggil saya penipu sepanjang masa,” kata James. “Mereka mengatakan saya berbohong tentang segala-galanya. Jadi apakah saya sekarang? Saya telah diperkatakan. Saya telah memerhatikannya. Saya juga banyak menonton Tennessee.” – AFP