Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lebuh raya ‘berlumuran’ sardin, lori terbalik

    IPOH, 3 OGOS – Laluan di Kilometer (km) 265.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dari Terowong Menora ke Ipoh terhalang akibat kemalangan lori membawa muatan tin sardin yang terbalik tengah hari tadi.

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi laman Twitter memaklumkan kejadian pada kira-kira pukul 12:43 tengah hari tadi menyebabkan semua lorong terhalang dan pengguna lebuh raya diminta menggunakan laluan alternatif.

    “Trafik terhenti tiga kilometer. Semua kenderaan dari utara yang ingin ke selatan telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar.

    “Laluan kontra kemudian diaktifkan bermula Km 267.0 hingga Km 265.1 arah utara dan trafik perlahan. Patuhi arahan papan tanda,” ciapnya.

    Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati muatan tin sardin yang pecah bertaburan atas semua lorong

    di tempat kejadian menyebabkan jalan ditumpahi kuah berwarna merah dan kerja-kerja mengalihkan lori terbabit masih dijalankan ketika ini.

    Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi berkata laluan ke arah selatan ditutup sepenuhnya berikutan kemalangan melibatkan lori yang terbalik melintang di atas jalan dan akan dibuka semula selepas insiden selesai. – Bernama

    Anggota polis trafik mengalihkan tin ikan sardin yang bertaburan di Lebuhraya akibat kemalangan lori yang terbalik di KM265.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dari Terowong Menora tengah hari kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...