Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Tungku Jerudong selepas pusing keliling (kedua-dua hala) akan dilanjutkan sehingga 17 Oktober dengan kerja pembaikan masih giat dilaksanakan.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kerja-kerja pembaikan di jalan itu akan dilaksanakan bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.
