Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leclerc catat masa terpantas dalam latihan GP Singapura

    SINGAPURA, 15 SEPT – Charles Leclerc dan rakan sepasukannya di Ferrari, Carlos Sainz mencatat masa terpantas dalam sesi latihan pertama untuk Grand Prix Singapura, hari ini ketika mereka cuba untuk menamatkan rekod kemenangan Red Bull sepanjang musim.

    Pusingan terbaik Leclerc 1min 33.350 saat adalah 0.078 saat lebih pantas daripada Sainz dengan pendahulu kejuaraan Max Verstappen ketiga terpantas, 0.126 saat di belakang Leclerc dalam sesi yang terganggu oleh biawak besar yang melintasi trek bandar tropika itu.

    Red Bulls tidak dapat dihalang pada 2023, memenangi kesemua 14 grand prix, dengan pelumba Belanda, Verstappen yang hebat memenangi 12 kali, termasuk 10 perlumbaan terakhir berturut-turut. Manakala, Sergio Perez memenangi dua perlumbaan yang lain.

    Tetapi Verstappen, yang memburu kemenangan sulung di Singapura, mengadu tentang oversteer pada awal sesi di radio pasukannya.

    Perez mengalami nasib lebih teruk dan hanya menduduki tempat ketujuh selepas mengeluh bahawa kedudukan tempat duduknya terlalu rendah dan dia tidak dapat mengenal pasti apex pada selekoh pada susun atur jalan yang berliku-liku.

    Singapura dijangka menjadi cabaran terbesar bagi Red Bull dalam usaha mereka untuk menyapu bersih semua 22 perlumbaan musim ini.

    Susun atur litar Marina Bay yang bergelombang, daya rendah yang tinggi dan ancaman ribut hujan tropika yang sentiasa ada boleh menyebabkan gangguan semasa kelayakan pada perlumbaan malam Sabtu dan Ahad.

    Tetapi bahaya terbesar dalam melakukan pusingan laju, hari ini datang daripada bendera kuning yang dikibarkan dalam tiga kali kejadian berbeza disebabkan pencerobohan oleh biawak besar. – AFP

    Aksi Charles Leclerc memandu keretanya semasa sesi latihan pertama Grand Prix Formula Satu Singapura di Litar Jalan Marina Bay, Singapura pada 15 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda