Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leclerc pamer prestasi cemerlang di Baku

    BAKU, 15 SEPT – Charles Leclerc sekali lagi menyasarkan satu lagi kejuaraan untuk pasukan Ferrari apabila dia berjaya menduduki tempat pertama buat keempat kali berturut-turut di Litar Baku untuk Grand Prix Azerbaijan.

    Pemandu Monegasque itu, yang memenangi perlumbaan di Monaco pada Mei lalu dan Grand Prix Itali di Monza dua minggu lalu, meneruskan prestasi cemerlangnya apabila berjaya menewaskan Oscar Piastri dari McLaren dengan tempoh tiga persepuluh saat.

    Walaupun memenangi tempat pertama dalam tiga tahun di Baku (2021 – 2023), Leclerc masih belum pernah memenangi perlumbaan di Azerbaijan.

    Sesi kelayakan yang dramatik itu turut menyaksikan Lando Norris, pencabar kejuaraan dari McLaren, tersingkir di pusingan pertama (Q1) dan hanya meraih tempat ke-16. Leclerc mencatat masa terbaik, satu minit 43.365 saat pada percubaan terakhirnya, sekali gus meraih tempat pertama ke-26 dalam kariernya.

    Pemimpin keseluruhan siri dan juara dunia tiga kali, Max Verstappen dari Red Bull, hanya mampu menduduki tempat keenam dalam kelayakan.

    “Ia menakjubkan dapat memenangi tempat pertama,” kata Leclerc.

    “Kereta adalah hebat dan segalanya berjalan lancar. Itu salah satu litar kegemaran saya. Saya sangat suka. Walaupun tidak mudah kerana saya terlibat dalam kemalangan di sesi latihan pertama (FP1), saya tidak hilang keyakinan kerana saya tahu rentaknya ada di sana.

    “Di Q3 dan kelayakan, ia tentang percubaan untuk tidak terlalu dekat dengan dinding dan pada pusingan terakhir saya berusaha sedaya upaya.”

    Rakan sepasukan Leclerc di Ferrari, Carlos Sainz, menduduki tempat ketiga di hadapan Sergio Perez dari Red Bull dan George Russell dari Mercedes. – AFP

    Aksi Leclerc ketika memandu keretanya di Grand Prix F1 Azerbaijan di Litar Baku, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda