Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ledakan lombong arang batu di India ragut tujuh jiwa

    NEW DELHI, 7 OKT – Tujuh orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam satu letupan di lombong arang batu di negeri Bengal Barat, timur India, menurut polis, lapor Xinhua, hari ini.

    Letupan berlaku di kawasan lombong Gangaramchak Mining Private Limited di blok Bhadulia, daerah Birbhum, kira-kira 217 kilometer barat laut Kolkata, ibu kota Bengal Barat. Menurut pihak polis, letupan berlaku ketika sebuah lori yang membawa bahan peledak datang ke lombong untuk memunggah dan bahan peledak itu tiba-tiba meletup.

    “Pada awalnya, lima orang maut dalam letupan di lombong arang batu itu dan kemudian dua lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada tujuh,” kata seorang pegawai polis.

    “Mereka yang cedera segera dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.” Siasatan mengenai punca letupan masih diteruskan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda