Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ledakan penggunaan basikal di New York

    NEW YORK – Lorong laluan basikal diperluaskan, topi keledar percuma diberikan dan pembelajaran percuma turut diadakan: New York kini membuat langkah terbesar dalam menggalakkan kuasa kayuhan basikal dalam suasana persekitaran yang tercemar oleh asap ekzos, walaupun sesetengah penunggang basikal masih gementar dalam mengemudi basikal mereka di kawasan trafik yang sangat padat dengan kenderaan.

    Selama bertahun-tahun, bandar raya yang mempunyai 8.5 juta penduduk – yang mana mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang paling ekstensif di Amerika Syarikat – telah menyaksikan ledakan basikal di ibu negara Eropah.

    Pada tahun 2013, Datuk Bandar jutawan, Michael Bloomberg, telah melancarkan skim perkongsian Citi Bike dan sejak itu, New York telah melihat kadar pertumbuhan terpantasnya dalam penggunaannya berbanding bandar-bandar AS yang lainnya.

    “Bandar raya ini telah mencapai kemajuan dari segi komitmennya untuk mempromosikan aktiviti berbasikal,” kata Rich Conroy, pengarah pendidikan bagi Bike New York, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menggalakkan berbasikal dengan selamat.

    “Para penduduk menyedari bahawa kita tidak boleh berkembang sebagai sebuah bandar raya dengan membina lebih banyak jalan dan menambah lebih banyak kereta,” jelas Conroy.

    Seorang wanita mengayuh basikalnya di Times Square New York. – AFP
    Para penduduk berbasikal di Jambatan Brooklyn dari pusat bandar Manhattan di New York. – AFP

    “Dalam menyesuaikan seiring dengan perkembangan bandar raya adalah dengan cara alternatif yang mapan ekonomi dan mesra alam sekitar, dan menjadikan bandar raya ini lebih menarik buat tenaga kerja yang lebih muda.”

    Jabatan pengangkutan bandar raya mengatakan bahawa 778,000 penduduk New York – 12 peratus daripadanya penduduk dewasa – telah berbasikal secara kerap pada tahun 2017, lebih daripada tiga kali ganda 250,000 dari lima tahun yang lalu.

    Citi Bike mencerminkan kemajuan: keanggotaan tahunannya telah meningkat dengan pesat, mencecah 245,000 pada tahun terakhir September, berbanding dengan 200,000 tahun sebelumnya.

    Dalam tempoh lima tahun yang lepas, jabatan pengangkutan bandar raya telah meluaskan dan meningkatkan lagi rangkain basikalnya di jalan raya kepada hampir 480 kilometer.

    Sekitar 86,000 penduduk New York – 2.5 peratus daripada keseluruhan penduduknya – kini telah menggunakan basikal untuk bekerja atau bersekolah. Salah seorang daripada mereka ialah Soe Thi Ha, 29, yang berbasikal sepanjang 12 batu sehari antara Manhattan dan pangsapurinya di Brooklyn.

    “Semua rakan saya telah melakukannya. Saya telah melihat semua laluan basikal. Saya berkata jika mereka boleh lakukannya, saya juga boleh melakukannya,” kata penduduk New York Burma, yang berkerja dalam psikologi pemasaran.

    “Ia telah mengubah kehidupan saya,” katanya. “Kini saya ingin untuk menjelajah ke seluruh dunia dengan basikal saya!”

    Walau bagaimanapun oleh kerana sistem laluan bawah tanahnya yang semakin usang dan tidak dipercayai telah menggalakkan orang ramai untuk berbasikal, para penunggang basikal merasa bimbang mengenai keselamatan.

    Seorang lelaki mengembalikan basikal Citi Bike ke salah sebuah stesennya berhampiran Union Square di New York. – AFP
    Selepas serangan basikal Halloween di New York, penghalang simen telah diletakkan di sepanjang laluan berbasikal West Side Highway. – AFP

    Berbasikal di kawasan Manhattan bukanlah bagi orang yang lemah semangat. Seramai 18 orang penunggang basikal telah terbunuh dan hampir 5,000 cedera pada tahun 2016. Jambatan, terowong dan jalan raya dipenuhi dengan bas, trak, SUV dan jalan berlubang.

    “Saya telah menunggang basikal sepanjang hidup saya, saya tidak pernah mempunyai kereta namun saya sangat takut berada di jalan raya New York,” kata Ilene Richman, 53, yang bekerja sebagai penjaga kesihatan.

    “Kesemua penunggang yang saya kenali pernah mengalami kemalangan. Ini sungguh menakutkan.”

    Apabila lapan orang penunggang terbunuh semasa serangan trak Halloween yang telah dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS) di TriBeCa. Ia juga merupakan satu peringatan pada kemalangan maut lainnya di laluan basikal yang sama di Hudson River yang dapat diakses oleh kereta dengan mudah.

    Untuk menghilangkan rasa ketakutannya, Richman telah mendaftar pembelajaran percuma dari Bike New York, yang diberikan kepada 17,000 orang pada tahun lepas. Disokong oleh bandar raya itu, organisasi tersebut telah mengajarkan mengenai keselamatan – membunyikan loceng, melihat lampu isyarat atau bahkan menjerit ‘yo’ untuk memberi isyarat kepada keberadaan anda kepada para pemandu dan pejalan kaki.

    Tetapi di negara yang mempunyai pengguna kereta yang ramai, Conroy berkata bahawa pemandu tersebut yang perlu mendapatkan latihan yang baik. Terdapat juga kelemahan lain: basikal elektrik diharamkan di New York. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda