Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ledakan penggunaan tenaga solar di Australia

    AUSTRALIA – Apabila anda memikirkan tentang tenaga solar, anda mungkin akan berfikir sejumlah besar medan panel yang berwarna hitam di sebuah ladang yang besar dan menghasilkan kuantiti tenaga kuasa yang besar. Namun di Australia, ia adalah satu pemandangan yang sudah biasa dan normal. Kebanyakan penduduk sudah sinonim dengan penggunaan kecil panel solar di kediaman mereka malah para peniaga juga tidak ketinggalan untuk menggunakan tenaga kuasa itu.

    Dianggarkan sekitar 2.8 peratus, penggunaan tenaga solar di atas bumbung telah digunakan di Australia daripada penggunaan panel solar berskala besar. Claire O’Rourke adalah pengarah kebangsaan citizen Solar dan juga kumpulan pembekal pemilik solar swasta. “Ia adalah satu penggunaan solar yang tertinggi di sekitar kawasan-kawasan pinggir bandar dan di kawasan serantau malah anda mungkin akan terlihat di sesetengah kawasan, bumbung kediaman akan dipenuhi dengan panel solar,” tambah Claire lagi kepada wartawan media.

    Dianggarkan sekitar hampir 1.6 juta kediaman di Australia menggunakan panel kuasa solar di atas bumbung mereka. Bagi memasukkannya dalam perspektif bebas, 1.4 juta penduduk telah menggunakan solar dalam tempoh sedekad yang lalu. “Ini jelas menunjukkan bahawa angka ini luar biasa untuk melihat perkembangan industri tersebut untuk berkembang dan dilihat sebagai satu industri yang berpotensi di negara itu dan akan terus diperkembangkan lagi ke tahap yang lebih serius,” tambah Clarie lagi kepada media.

    Menurut Institut Grattan terhadap penggunaan solar di Melbourne, Sydney, Brisbane dan Adelaide telah membayar hampir dua kali ganda untuk bekalan eletrik mereka sedekad yang lalu. Claire O’Rourke berkata bahawa sebahagian daripada solar di atas bumbung telah meningkat disebabkan oleh beberapa perkara. “Antara sebab kenapa kebanyakan penduduk kini beralih kepada penggunaan tenaga solar ialah kerana pembayaran bil yang semakin meningkat begitu juga harga penggunaan tenaga yang semakin meningkat dengan cepat,” kata Claire kepada media.

    Dianggarkan sekitar 2.8 peratus, penggunaan tenaga solar di atas bumbung telah digunakan di Australia daripada penggunaan panel solar berskala besar.
    Dianggarkan sekitar 2.8 peratus, penggunaan tenaga solar di atas bumbung telah digunakan di Australia daripada penggunaan panel solar berskala besar.
    Akibat keadaan cuaca yang sangat panas di Moore, kebanyakan kanak-kanak menghabiskan masa mereka dengan mandi di kawasan kolam renang.
    Akibat keadaan cuaca yang sangat panas di Moore, kebanyakan kanak-kanak menghabiskan masa mereka dengan mandi di kawasan kolam renang.

    “Apa yang pasti, penduduk yang telah menggunakan tenaga solar akan dapat menjimatkan lagi tenaga kuasa mereka malah lebih jimat walaupun penggunaan solar mempunyai risiko yang besar dalam tempoh-tempoh yang tertentu,” tambah Claire lagi kepada media. Perkampungan Moore baru sahaja menghadapi musim panas yang sangat panjang dengan jangka 54 hari berturut-turut dan dicatatkan dengan ketinggian 35 darjah Celsius. Walaupun keadaan cuaca telah menjadi satu berita yang mengejutkan bagi sesetengah penduduk Australia terutama para petani namun apa yang boleh dikenal pasti bahawa perkampungan Moore sangat sesuai untuk penggunaan tenaga solar.

    “Skim solar telah memberi manfaatnya kepada masyarakat dan saya dapat merasakan bahawa jika saya bertentangan dengan gas penerokaan dan pengeluaran di kawasan pertanian kita, maka saya mungkin akan perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan tenaga saya dari sumber yang lain,” kata Blatchford kepada media. “Jadi saya fikir bahawa solar adalah pilihan yang baik dan ia merupakan insentif yang membantu memuktamadkan keputusan kami,” tambah Blatchford lagi kepada media.

    Di Moore, anda pasti tidak akan merasa sukar untuk melihat panel solar di atas bumbung. Rebecca Reardon telah menetap di kawasan itu selama 14 tahun dan sangat gembira dengan keputusannya untuk berpindah ke kawasan itu. “Kami sebenarnya ingin menghasilkan lebih daripada kita gunakan sekarang malah ketika ini kami dalam transisi untuk berada dalam proses mengenali sifat dan lain-lainnya terhadap tenaga solar,” tambah Rebecca.

    Perniagaan solar dijangka berterusan

    Panel solar di atas bumbung tidak semestinya akan menjana keperluan kuasa di dalam bangunan itu saja. Kebanyakan masa, kuasa lebihan yang dihasilkan oleh panel solar akan dijual terus kepada pasaran tenaga.

    Apa yang pasti, kadang-kala, bayaran lumayan akan diberikan untuk tenaga. Dalam sejarah Australia, perubahan yang mungkin memberikan kesan ialah terhadap penyejukan terhadap pengambilan solar namun disebabkan kenaikan harga tenaga telah memastikan perkara itu tidak akan berlaku lagi.

    Bagi para penduduk yang memiliki tenaga solar di rumah mereka apatah lagi dengan pemasangan bil kuasa, solar masih kelihatan lebih menarik walaupun ia adalah hanya untuk kegunaan peribadi penduduk. Kepesatan pertumbuhan tenaga solar di atas bumbung sebenarnya agak perlahan. Namun Hugh Saddler, seorang penganalisis tenaga di Universiti Nasional Australia berkata bahawa Australia boleh mengharapkan untuk melihat ledakan berterusan dalam penggunaan solar berskala kecil untuk perniagaan dan peribadi. Pada masa ini, terdapat skim berasaskan industri yang mana dibayar oleh pengguna, untuk menggalakkan perniagaan untuk panel solar.

    Dr Saddler dapat meramalkan industri solar ini boleh menjadi satu fenomena hebat di Australia. “Saya dapat rasakan bahawa cabaran sama ada ia mungkin menjadi satu pelaburan yang menarik malah saya yakin penggunaan solar akan meningkat jika harga tenaga kuasa masih lagi meningkat sepanjang masa,” tambah Dr Saddler lagi kepada pihak media.

    Jika purata 2.8 peratus masih tidak banyak namun ia adalah satu tindakan yang wajar terhadap penggunaan tenaga ini malah ia dianggap sebagai wira bekalan tanpa dari bekalan pihak kerajaan. “Jika tidak kerana tenaga solar atas bumbung, para penduduk tidak akan mendapat sekurang-kurangnya tenaga yang mencukupi untuk keperluan para penduduk. Oleh itu tidak hairanlah jika kebanyakan penduduk Australia mula beralih kepada penggunaan tenaga solar di negara itu,” tambah Dr Saddler mengakhiri temu ramah bersama media. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda