Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lee buru hadiah wang

    MIAMI, 16 NOV – Pemain Australia, Minjee Lee menyasarkan gelaran wang 2022 dan anugerah Pemain LPGA Terbaik 2022 apabila kejohanan tersebut membuka tirainya esok.

    Seramai 60 orang pemain akan bersaing untuk mendapatkan hadiah sebanyak AS$2 juta, yang merupakan hadiah wang terbesar dalam sejarah golf wanita, yang akan diadakan di Kelab Golf Tiburon, Naples, Florida.

    Lee yang menang Terbuka Wanita Amerika Syarikat, memegang rekod hadiah utama sebanyak AS$1.8 juta pada Jun lalu, tiga minggu selepas memenangi Piala Founders LPGA.

    Pemain ranking nombor lima dunia itu mendahului senarai pemenang hadiah wang dalam musim LPGA dengan rekod AS$3.7 juta, AS$1.1 juta di depan pemain ranking nombor lapan dari Korea

    Selatan, Chun In-gee dan AS$1.4 juta di atas pemain dari New Zealand, Lydia Ko.

    Lapan pemain berpeluang untuk merebut takhta tersebut dengan memenangi permainan pada hujung minggu ini sekali gus memecahkan rekod yang dipegang oleh pemain dari
    Mexico, Lorena Ochoa pada tahun 2007 sebanyak AS$4,354,994.

    “Semestinya ia satu penghormatan besar. Lorena merupakan salah seorang pemain kegemaran saya. Saya tidak terlalu memikirkan mengenainya.

    “Saya tahu saya sedang lalui tahun yang bagus. Saya hanya mahu berikan yang terbaik dan bermain dengan cara saya. Itulah matlamat utama saya buat masa ini,” katanya. – AFP

    Lee bergambar bersama trofi yang dimenanginya baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...