Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    Lee dilantik menteri kanan kabinet baharu

    SINGAPURA, 16 APRIL – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan kekal dalam barisan kabinet baharu sebagai menteri kanan, lapor media tempatan yang memetik Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong hari ini.

    The Straits Times melaporkan Wong yang akan menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri Singapura menggantikan Lee pada 15 Mei, akan mengumumkan butiran kabinet baharunya dalam satu sidang media beberapa hari sebelum majlis mengangkat sumpah.

    “Tidak pernah berlaku apabila berlaku peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua mengundur diri pada masa sama. Sebaliknya, mereka terus menyumbang dalam cara yang berbeza, sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk meningkat naik.

    “Saya akan mengguna pakai pendekatan sama apabila saya mengambil alih,” katanya kepada media, lapor akhbar itu.

    Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei bagi memberi laluan kepada Wong untuk menggantikannya.

    Bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong juga berkhidmat sebagai menteri kanan selepas melepaskan jawatan masing-masing.

    Wong yang juga Menteri Kewangan, berkata Kabinet baharu itu tidak akan menyaksikan perubahan besar dan menjangka kebanyakan menteri Kabinet sedia ada akan kekal dalam portfolio semasa mereka.

    Bagaimanapun, Wong berkata perubahan besar kemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum dan beliau sudah mula mencari calon-calon baharu. – Bernama

    Lawrence Wong semasa berucap di majlis pembukaan pejabat pelabur negara Singapura Temasek di Paris pada 10 April 2024. Wong akan kekalkan Lee Hsien Loong dalam kabinet baharunya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...