Kepulangan pelakon Lee Do Hyun disambut meriah oleh peminat selepas dia selesai menjalani latihan ketenteraan di Korea Selatan kelmarin.
Tampil dengan lengkap berpakaian seragam, kemunculan Do Hyun, 30, mencuri tumpuan ramai ketika dia melambai bertemu peminat, menurut petikan mStar.
Namun apa yang lebih menarik adalah laungan terima kasih buat kekasihnya iaitu aktres Lin Ji Yeon sebagai tanda penghargaan kerana setia menunggu.
Mesej ringkas itu cukup bermakna kerana mereka sebelum ini terpisah selaam 21 bulan sepanjang tempoh Do Hyun di kem latihan.
Untuk rekod, Do Hyun dan Ji Yeon mula mendedahkan kisah percintaan mereka secara terbuka pada April 2023.
Sementara itu, menurut agensinya Yuehua Entertainment Korea memberitahu Do Hyun akan kembali aktif dalam industri hiburan tidak lama lagi.
Jelas agensi itu, Do Hyun sudah menerima beberapa tawaran untuk berlakon drama dan menjadi duta produk. – Agensi
