Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Dong Wook alami tekanan

    PELAKON Lee Dong Wook mendedahkan dia mengalami tekanan selain keyakinan dirinya mula menurun selepas drama bersiri Goblin berakhir.

    Seperti dipetik dari laporan Koreaboo, Dong Wook berkata pengakhiran drama popular itu membuatkan dia berfikir mengenai banyak perkara dalam kehidupan dan karier seninya.

    “Sewaktu Goblin disiarkan saya mendapat perhatian dan kasih sayang daripada peminat.

    “Namun kini semuanya bagaikan hilang selepas drama itu tamat,” katanya.

    Dong Wook turut memberitahu dia mula hilang rasa hormat kepada diri sendiri dan menyedari dia tidak akan selamanya disanjung sebagai artis.

    Lee Dong Wook memberitahu dia mahu mengelak dari berlakon drama genre fantasi pada masa akan datang.

    “Berat untuk saya katakan tentang hal ini tetapi saya tidak akan selamanya berada di puncak karier seperti sekarang,” katanya.

    Bagaimanapun peminat yang terkesan dengan luahan Dong Wook itu berharap dia akan sentiasa sihat dan selamat.

    Dalam pada itu, Dong Wook memberitahu dia mahu mengelak dari berlakon drama genre fantasi pada masa akan datang.

    Ini kerana katanya, dia tidak mahu membawa watak sama seperti mana Goblin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda