Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Lee Hsien Loong akan serahkan jawatannya pada 15 Mei ini

    SINGAPURA, 15 APRIL – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei dan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, Lawrence Wong, kata pejabatnya hari ini.

    Lee, 72, secara rasmi akan menasihati presiden negara kota itu untuk melantik Wong, yang kini timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, untuk menggantikannya, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

    Wong, yang mendapat sokongan sebulat suara ahli parlimen dalam People’s Action Party yang sudah lama memerintah, akan mengangkat sumpah pada hari yang sama, katanya. – AP

    Lee Hsien Loong semasa sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese selepas mesyuarat dua hala pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne, Australia pada 5 Mac 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...