Sunday, December 29, 2024
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Hyori mahu jalani kehidupan normal

    Jika masa boleh diputarkan kembali, penyanyi, Lee Hyori memberitahu tidak mahu bergelar seorang selebriti.

    Hyori, 43, berkata, kritikan dan sering menjadi perhatian adalah cabaran paling sukar ditempuh sepanjang bergelar anak seni yang membuatkan dia berharap dapat menjadi manusia normal.

    “Susah untuk bersembunyi apabila menjadi seorang artis, itu adalah cabaran paling sukar. Orang mudah memberi kritikan dan menuding jari.

    “Hati saya jadi tidak tenang memikirkan hal tersebut. Saya perlu kawal diri sendiri,” katanya dalam temubual sebuah acara.

    Tambah Hyori jika diberi pilihan, dia mahu mendirikan rumah tangga lebih awal dan menjadi ibu yang normal membesarkan anak-anak di rumah.

    Penyanyi ini mula terfikir hal tersebut apabila melihat keluarga yang hidup secara sederhana dan bahagia di sekelilingnya.

    “Saya mahu berkahwin, memiliki keluarga dan hidup dengan cara yang biasa. Saya mahu hidup sebegitu apabila melihat orang sekeliling.

    “Mereka lebih memberi tumpuan kepada keluarga dan tidak dipengaruhi oleh orang lain,” jelasnya. – Agensi

    Hyori lebih selesa jalani hidup tanpa perhatian ramai. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda