Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Jae Myung terima kunjungan Xi, kukuh hubungan dua hala

    GYEONGJU, 2 NOV – Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung menjadi tuan rumah kepada Xi Jinping dalam pertemuan pertama mereka kelmarin, ketika ketua negara China itu memainkan peranan utama dan mengeratkan kembali hubungan lama pada sidang kemuncak Asia yang sebahagian besarnya tidak dihadiri oleh pemimpin Amerika Syarikat, Donald Trump.

    Perbincangan di luar sidang APEC itu berlangsung pada hari terakhir lawatan pertama Xi ke Korea Selatan dalam lebih sedekad, sehari selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Kanada yang menandakan pemulihan hubungan dua negara yang sebelum ini tegang.

    Trump terbang ke Korea Selatan untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut, namun segera pulang pada Khamis selepas mencapai persetujuan gencatan dalam perang perdagangan dengan Xi, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk meredakan pertikaian yang telah menggugat pasaran dan mengganggu rantaian bekalan global.

    La watan tersebut merupakan yang pertama oleh pemimpin China sejak tahun 2014, selepas beberapa tahun hubungan yang tegang melibatkan pelbagai isu daripada perdagangan hingga pertikaian budaya. – AFP

    Lee Jae Myung (kanan) dan Xi Jinping berjabat tangan sebelum Sidang Kemuncak Korea Selatan-China yang diadakan di Muzium Negara Gyeongju, Wilayah Gyeongbuk pada 1 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda