Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Je Hoon masih kekal dalam Taxi Driver 3

    Selepas menerima sambutan luar biasa daripada penonton, drama popular Taxi Driver kini kembali dengan musim ketiga yang dijadualkan menemui penonton pada suku keempat 2025.

    Musim ketiga ini masih mengekalkan Lee Je Hoon dalam watak ikonik Kim Do Gi iaitu seorang pejuang keadilan yang bijak dan berani.

    Diarahkan oleh Kang Bo Seung, musim terbaru ini turut menyaksikan kemunculan semula barisan pelakon utama seperti Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin, dan Bae Yoo-ram yang akan menyinari siri ini.

    Menariknya, musim ini bakal menyaksikan sedikit kelainan dengan kehadiran penyanyi dan pelakon, Edan Lui, daripada kumpulan popular Hong Kong, Mirror.

    Ini merupakan penampilan sulung Edan dalam siri ini, di mana dia akan memegang watak yang tidak dijangka bersama Kim Do Gi.

    Kemunculan semula Taxi Driver adalah hasil kerjasama antara PCCW dan rangkaian televisyen terkenal Korea Selatan, SBS.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Studio S (Unit Penerbitan Dalaman SBS Media Group), Park Jeong Hoo, pihaknya kini dalam usaha menghasilkan drama berkualiti tinggi yang mampu memenuhi jangkaan penonton global.

    “Kami berbesar hati memperkenalkan Taxi Driver 3 menerusi kerjasama erat bersama Viu yang merupakan sebuah platform dengan capaian serta pengaruh global yang kukuh.

    “Siri ini bukan sahaja meneruskan legasi musim pertama dan kedua, malah diharap dapat mengatasi jangkaan penonton,” katanya.

    Sementara itu, Janice Lee selaku Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group berkata, kandungan terbaru mereka mencerminkan komitmen terhadap penceritaan menarik yang bersifat lokal dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

    “Sepanjang tahun 2025, kami akan membawakan pelbagai kerjasama antarabangsa baharu seperti Taxi Driver 3, My Youth dan The Season. Ketiga-tiga produksi ini menyampaikan kisah dengan elemen lokal yang disuntik sentuhan universal.

    “Dengan kerjasama studio bertaraf dunia serta penglibatan bakat tempatan dan antarabangsa, kami berhasrat memperkasa industri kreatif sambil menyampaikan naratif segar dan budaya yang mampu memikat hati penonton global,” jelasnya.

    Selain Taxi Driver 3 yang bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi perkhidmatan penstriman OTT, Viu Original, platform itu turut membawakan drama bersiri My Youth dan The Season, serta memperkenalkan 12 lagi kandungan baharu dalam bahasa Melayu sepanjang tahun ini. – Agensi

    Lee Je Hoon beraksi dalam Taxi Driver 3. – mStar

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda