Agensi pengurusan artis Syarikat On memberitahu aktor naungannya iaitu Lee Je Hoon, dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut teruk pada Ahad lalu.
Menurut laporan media Korea, Je Hoon disahkan menghidap kolitis iskemia dan perlu menjalani pembedahan kecemasan.
Pembedahan yang dilakukan itu berjaya dan keadaan Je Hoon dilaporkan semakin baik.
Pelakon utama Taxi Driver itu mungkin perlu menerima rawatan di hospital selama kira-kira seminggu.
Justeru itu, dia tidak dapat menghadiri majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28 yang ditetapkan untuk menjadi hos bersama Park Eun Bin pada 4 Oktober.
Park Eun Bin kini akan mengacarakan acara itu sebagai pengacara solo.
Selain itu, Lee Je Hoon tidak dapat menghadiri Anugerah Filem Buil 2023. – Agensi
