Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Jong Suk dan IU didakwa sudah berpisah

    Hubungan pelakon Lee Jong Suk dan kekasihnya iaitu penyanyi IU didakwa sudah berakhir. lapor mStar.

    Perkara itu mula menjadi bualan hangat warganet selepas mereka berdua dilihat sudah jarang keluar bersama seperti kebiasaan.

    Malah agensi kedua-dua artis tersebut juga masih berdiam diri dan tidak menjawab khabar angin perpisahan itu.

    Bagaimanapun, peminat masih berharap Jong Suk, 34, dan IU, 31, tidak berpisah, sebaliknya ia hanyalah andaian warganet semata-mata.

    “Mereka kelihatan sangat baik bersama. Mereka berdua harus tinggal bersama selama 100 tahun.

    Jong Suk dan IU kekal berdiam diri status hubungan mereka yang menjadi tanda tanya peminat. – mStar

    “Mereka belum putus. Itu semua hanya khabar angin. Saya percaya mereka akan mengumumkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

    “Saya peminat IU dan saya di sini untuk memberitahu awda bahawa mereka masih bercinta,” tulis warganet.

    Pada Khamis lalu, laporan berita mendakwa pasangan ini sudah berpisah menjadi tular.

    Dalam catatan itu, penulis membuat dakwaan sambil merujuk kepada artikel mengenai IU dan Jong Suk menghabiskan hari cuti mereka secara berasingan.

    Pasangan itu dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2022. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda